Saturday, September 6, 2008

pemain takde duit nak raya???

“TOLONGLAH kami. . .Kami nak raya. . .Nak beli baju anak isteri. . .Nak bayar zakat. . .”
itu lar keluhan beberapa pemain skuad Liga Super Pulau Pinang yang tak dpt gaji dan elaun sejak lima bulan lalu.Pemain2 merayu agar Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) secepat mungkin menyelesaikan masalah pembayaran gaji yang mereka hadapi.

“Kalau sebulan dua bolehlah kami sabar. Tetapi ini sudah menjangkau lima bulan,” kata seorang pemain senior yang enggan namanya disiarkan. . .Kemelut gaji pemain Pulau Pinang sudah berlarutan dan FAP dikatakan gagal untuk menyelesaikan masalah ini.

Pemain gagal terima gaji penuh selepas kantung FAP kering kontang. FAP kini dipimpin Presiden baru, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohd Pirus Khairudin yang mengambil alih dari tangan bekas Ketua Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.
“Pada mulanya kami yakin, apabila presiden baru mengambil alih pucuk pimpinan FAP, masalah ini akan selesai. Sebaliknya ia terus berlarutan hingga lima bulan,” kata seorang lagi pemain.

Sementara itu, seorang pegawai FAP dihubungi mengakui, masalah dihadapi pemain negeri.“Apakan daya. Duit dah tak ada. Kalau ada kami mesti bayar. Kami pun ada hati perut,” kata pegawai itu.

kesian pemain2 bolasepak nie. . .sepatutnya organisasi kna jaga anak2 buah dorang. . .
agaknya sbb tu ar dorang kurang bersemangat utk bertanding. . .

4 comments:

aironesalleh said...

ssh kan kalo nak motivate nak main kalo x de gaji nie... cyan plak ngan diorang, apa2 pun, harap dapat lah selesaikan masalah pemain ini kan?

yokohamarinos said...

bkn penang je... perak dan pahang juga mslh sama... kalo sebulan 2 thn lg r... kalo da 5 bulan.... bek stop men bola.... wat benda yg ptut... xkn nak anak bini mati kelaparan..... suruh pihak pengurusan main tanpa byaran... mahukah mereka? fikir2kan.....

watch out!!!! said...

ya la ni aku setuju ngan 22 one ni, ape nk jadi ek
patut la pemain main cm tah epe2

Muhammad RELA said...

ini dinamakan tiada pengurusan strategik!!! apa punya management arr..