Sunday, October 19, 2008

saper tinggalkan Johor PG

Azuan Zain, Kedudukan jurulatih ini bersama pasukan Johor Pasir Gudang (Johor PG) yang masih dalam tanda tanya bakal terjawab apabila beliau mengesahkan sedang dirisik untuk menjadi jurulatih skuad Belia Johor FC bawah 20 tahun.

Petanda itu ialah Azuan mungkin meninggalkan pasukan Johor PG. Azuan yang telah melatih Johor PG selama dua musim memberitahu, PBNJ berhak mencari jurulatih yang lebih baik jika faktor pencapaiannya hendak diambil kira.

"Saya hanya mengetahui khidmat saya sebagai jurulatih akan direhatkan pada musim depan menerusi akhbar dan PBNJ dikatakan berminat melamar Dollah Salleh.

"Saya ada mendengar terdapat pihak yang tidak berpuas hati dengan pencapaian saya selama ini selain tidak mencapai sasaran yang diletakkan.

###bak kata pepatah. . .”sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lg.”kdg2 pihak pengurusan nie suka hati je nak keluarkan jurulatih yg da lama melatih pasukan mereka tanpa bg sebarang peluang.

Monday, October 13, 2008

Beng Hee suntik keyakinan dirinya.

Suntikan keyakinan yang ada dalam diri Ong Beng Hee bagi menghadapi kejohanan skuasy Terbuka Dunia di Manchester minggu depan. Beng Hee menyarung jersi kelabnya, Paderborn menundukkan Odense yang diwakili Mohd Azlan Iskandar,rakan senegaranya. Mereka telah beraksi dengan kelab masing-masing pada final Kejohanan Liga Eropah di Linz, Jerman baru-baru ini.

Yang membuat berita ini menarik ialah Beng Hee dapat menundukkan Azlan ketika ketiadaan jurulatih untuk membimbingnya selepas kepulangan Jamshed Gul ke Pakistan.

Hal ini membuatkan pemain nombor satu negara itu mampu beraksi cemerlang biarpun tidak mendapat bimbingan jurulatih.Apa yang penting,semangat juang Beng Hee patut dijadikan contoh oleh semua atlit2 negara kita nie.Supaya Negara mampu melahirkan atlit2 yang kuat bukan saja dari segi fizikal malah mental juga. MALAYSIA BOLEH!!!

Sunday, September 21, 2008

'NYALAAN' DANNY DAN STEEL ke ChiNa

PASANGAN negara, Danny Chia dan Iain Steel menghidupkan sisa-sisa harapan untuk layak ke pusingan akhir Piala Dunia selepas bergabung tenaga mencipta 66 pukulan pada pusingan ketiga, Kejohanan Golf Cabaran Antarabangsa Fortis di Kelab Golf & Country Kota Permai, Shah Alam, semalam. “Peluang tampak terbuka semula bagi kami dan kami harus memanfaatkan situasi baik ini. Kami berjaya memperbaiki pencapaian setiap hari selepas hambar pada pusingan pertama. Tetapi tiada apa yang mustahil ketika ini. kami akan terus mencuba,” kata Steel, semalam.
golf skrg nie antara sukan yg mendapat perhatian. . .kat sekolah pun da diperkenalkn. . .untung2 lps nie Malaysia ada TIGER WOOD gak ye. . .hehehe.

Sunday, September 14, 2008

'MENGGANAS' di tReK~~~

'Powell, Gay bakal mengganas'

Seluruh dunia tentunye knal dgn pemenang 3 emas Olimpik di Beijing selain turut melakar 3 rekod baru pd temasya itu, Usain Bolt. Dia percaya 2 pencabar utamanya, Asafa Powell dan Tyson Gay akan lebih 'mengganas' pada 2009. Sebagai bandingan, Powell, bekas pemegang rekod dunia 100m itu sekadar menduduki tempat kelima pada final Olimpik ketika Gay, berstatus juara dunia, gagal ke final selepas persiapannya sebelum itu diganggu kecederaan pangkal paha. Jadi, kecederaan tu dah mengganggu prestasi Gay.
Pelari pecut dunia itu juga bertegas dia dan Powell punya hubungan rapat di sebalik pelbagai cerita betapa kedua-dua pelari Jamaica itu punya hubungan dingin. "Tetapi apabila di trek, semuanya bersaing. Tetapi di luarnya, kami adalah kawan baik, kami sentiasa berbual,” katanya. Juara Olimpik itu percaya dia juga ada belajar daripada Powell.

“Saya lihatnya berlari. Ia mendorong saya untuk melakukan yang lebih baik atau melakukan sesuatu yang hebat. Jadi, apabila saya dalam saingan seperti ini, dia memang jadi pendorong saya.” Bolt bermula tahun ini dengan tanggapan sebagai pakar 200m, tetapi pelari berusia 22 tahun itu mengejutkan ramai apabila mencatat rekod baru 100m, sebelumnya dipegang Powell. Dia menurunkan lagi catatan itu di Olimpik kepada 9.69s.
////sikap bersaing nie mmg patut ada pd setiap atlet. Bkn apa, juz sbg slh satu cara tuk meningkatkan diri kita je. tetapi klu p'saingan tu kite anggap sbg p'hlg. . .ssh lar. lg satu kite nie tak semestinya sentiasa di atas saje. . . . .so, berusaha lar yek. Acara riben biru ni my favourite. .

Saturday, September 6, 2008

pemain takde duit nak raya???

“TOLONGLAH kami. . .Kami nak raya. . .Nak beli baju anak isteri. . .Nak bayar zakat. . .”
itu lar keluhan beberapa pemain skuad Liga Super Pulau Pinang yang tak dpt gaji dan elaun sejak lima bulan lalu.Pemain2 merayu agar Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) secepat mungkin menyelesaikan masalah pembayaran gaji yang mereka hadapi.

“Kalau sebulan dua bolehlah kami sabar. Tetapi ini sudah menjangkau lima bulan,” kata seorang pemain senior yang enggan namanya disiarkan. . .Kemelut gaji pemain Pulau Pinang sudah berlarutan dan FAP dikatakan gagal untuk menyelesaikan masalah ini.

Pemain gagal terima gaji penuh selepas kantung FAP kering kontang. FAP kini dipimpin Presiden baru, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohd Pirus Khairudin yang mengambil alih dari tangan bekas Ketua Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.
“Pada mulanya kami yakin, apabila presiden baru mengambil alih pucuk pimpinan FAP, masalah ini akan selesai. Sebaliknya ia terus berlarutan hingga lima bulan,” kata seorang lagi pemain.

Sementara itu, seorang pegawai FAP dihubungi mengakui, masalah dihadapi pemain negeri.“Apakan daya. Duit dah tak ada. Kalau ada kami mesti bayar. Kami pun ada hati perut,” kata pegawai itu.

kesian pemain2 bolasepak nie. . .sepatutnya organisasi kna jaga anak2 buah dorang. . .
agaknya sbb tu ar dorang kurang bersemangat utk bertanding. . .

Saturday, August 30, 2008


ChRisTIANo RONaldo. . .nama yang tidak asing lagi dalam bola sepak dunia.Dia telah menerima trofi selepas dijulang sebagai Pemain Terbaik Eropah UEFA kelmarin selepas kemampuan menjaringkan 42 gol dalam semusim, termasuk lapan dalam Liga Juara-Juara Eropah. Anugerah itu diadakan sempena undian peringkat kumpulan saingan Liga Juara di Forum Grimaldi, Monaco. Dia juga dinamakan sebagai penyerang terbaik tahunan kerana membantu United menjuarai Piala Eropah itu buat kali ketiga.


Selain Ronaldo, 3 lagi pemain Chelsea pun dpt anugerah iaitu John Terry (Pertahanan Terbaik), Petr Cech (Penjaga Gol Terbaik) dan Frank Lampard (Pemain Tengah Terbaik).

Sunday, August 17, 2008

graduan perlu kembang ILMU

'Semua graduan perlu mengembangkn ilmu yg diperoleh demi memajukn agama, bangsa dan negara', titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. Baginda yang juga Canselor Universiti Kuala Lumpur (UniKL), bertitah ilmu yang berkembang adalahilmu yg sihat, manakala ilmu yg dipnjgkn utk kesejahteraan ummah adlh ilmu yg diredhai Allah.
Selain itu, baginda turut mengingatkn graduan supaya sentiasa beriman kpd Allah kerana dgn ilmu semata2 blm dpt menjamin kesejahteraan.
Baginda turut mencemar duli menyampaikn ijazah sarjana muda dan diploma kpd 868 graduan pd sesi pertama konvokesyen yg berlangsung 2 hari mulai semlm.

menanti sejarah.

peluang melakar sejarah dan bergelar jutawan segera menjadi pendorong LEE CHONG WEI untuk memenangi emas perseorangan lelaki.Namun. . .menentang LIN DAN di gelanggang lawan, Chong Wei berhadapan tugas berat merealisasikan impiannya yang dikongsi bersama seluruh rakyat MAlaysIA. . .
tepat jam 8.45 malam nie seluruh rakyat Malaysia menunggu di depan TV sambil berdoa semoga detik bersejarah akan tercipta dalam arena sukan negara.
Pertarungan nie memang ditunggu2 kerana dianggap ramai sebagai menepati selera dan citarasa masyarakat badminton dunia kerana menemukan 2 JAGOAN~Chong Wei, pilihan ke-2 manakala ~Lin Dan, pilihan Utama. . .
kalau berdasarkan rekod pertemuan sejak 2004 hingga sekarang. . .dorang dah bertemu 14 kali dgn 9 drpd kemenangan itu memihak kpd Lin Dan manakala bakinya Chong Wei. . .
Pertemuan malam nie adalah saingan plg sengit dlm sejarah hidup Chong Wei karana melangkah nye dia ke gelanggang Gimnasium Universiti Teknologi Beijing, bermakna dia turut membawa bersama harapan 26 juta rakyat Malaysia yg msh kempunan utk melihat kontinjen negara merangkul emas pertama negara. . .

#jom sama2 doakan. . .

Friday, August 8, 2008

atLET DiBAntu tanGAni TEkanAN

di sebalik kesihatan atlet2 MaLAysia nie sebenarnya ada orang yang jaga dorang tau. . .
sebab tu lar kat mana2 sukan diadakan pun, pasukan perubatan tetap menjadi slah satu komponen penting dalam industri sukan.
pasukan perubatan daripada InStitUT sUKan NEgaRA telah diterbangkan ke Beijing sempena temasya sukan olimpik yang akan membuka tiRAi HARI NIE.
Dorang nie sumer yang terdiri daripada seorg pakar perubatan sukan, ahli fisioterapi dan juga juru urut da diterbangkan ke sana untuk pantau keadaan perkembangan atlet2 kita yang SERAMAI 33 ORANG nie.
untung jadi atlat negara ye. . .memandangkan keadaan cuaca kat negara orang tu skrg tgh jerebu. . .tekanan yang dirasai atlet2 menjelang hari pertandingan, boleh dtgkan masalah kesihatan nie klu tak kena pantau betul2.
tp. . .setakat nie tak der lar apa2 kecederaan teruk yg dialami atlet2 negara yg nak bertanding tue. . .tahap kesihatan dorang pun memuaskan.
perkhidmatan sains sukan juga tak kurang pntg dalam membantu atlet menghadapi temasya Olimpik. Justeru itu, seramai 4 pakar sains sukan ISN turut ditugaskan membantu pasukan badminton negara pada temasya kali ini iaitu pakar psikologi, suaian fizikal dan analisis permainan.

50 kELuARGa terDEdah RisiKO

kat mana2 jer selalu hal mcm nie berlaku. . .jalan keluar masuk kampung terdedah dengan risiko kemalangan. . .
nie plak terjadi lg kat Kampung Parit Sakai Laut, Jalan Junid kat Muar tue. . .sebabnyer???
permukaan jalan kat kampung tue da mengalami kerosakan teruk, dari 6 bulan yang lalu lagi tue. . .
kira2 50 keluarga dan 20 daripada penduduk kampung kat situ ialah nelayan pantai.mereka yang selalu menggunakan laluan tersebut.
tinjauan pula mendapati permukaan jalan yang kira2 100 m yang bersebelahan dengan tali air rosak teru. . .sampai jalan jadi sempit.
Bagi pengguna luar kawasan plak yang masuk ke kampung itu, mereka mudah terbabit dengan kemalangan klu tak berhati2, sama ada ketika memandu kenderaan atau menunggang motosikal, sbbnya sebahagian permukaan jalan yang boleh dilalui kenderaan terlalu dekat dengan tiang elektrik, manakala bahagian jalan yang rosak pula berdekatan tebing tali air.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Seri Jong, yang turut bertanggungjawab terhadap kebajikan dan keselamatan penduduk kampung itu, Mohamad Hussin, berkata kerosakan jalan itu sudah dimaklumkan kepada Pejabat Daerah. Beliau berkata, bagi mengatasi masalah itu buat sementara waktu, pihak berkuasa menabur batu putih halus di bahagian jalan yang rosak sejak sebulan lalu.

Tuesday, August 5, 2008

Kredibiliti sebagai blogger.

DEWASA ini, kemudahan Internet telah membawa kepada kewujudan weblog ataupun lebih dikenali sebagai blog. Blog ialah sebuah laman web. Ia dibina menggunakan perisian yang telah diformat bagi membolehkan sesiapa sahaja membinanya tanpa perlu menguasai pengetahuan teknikal yang mendalam. Dalam erti kata lain, blog ialah sebuah laman web yang mudah dibina, dikemaskini, bersifat interaktif dan boleh dimulakan tanpa sebarang bayaran pendahuluan.

Hakikatnya, tujuan utama sebuah blog dibangunkan adalah untuk mencipta komuniti siber supaya berlaku pertukaran idea dan dapat berinteraksi antara pengendali blog dan pelawat siber. Blog merupakan alam baru yang boleh diceburi oleh sesiapa sahaja yang bijak mengaplikasikan teknologi Internet. Di Malaysia sahaja, terdapat lebih 600,000 blog yang aktif.

Menerusi blog peribadi, seseorang boleh meluahkan perasaan mereka untuk dikongsi bersama pelawat siber. Ia menjadi diari maya yang mencatatkan perjalanan hidup mereka.

Pengisian blog yang sedikit menyimpang dan berunsur fitnah mampu mengheret seseorang untuk dihadapkan ke muka pengadilan. Blogger seharusnya memiliki etika yang baik bagi meningkatkan kredibiliti mereka. Mereka sepatutnya menyampaikan apa yang benar, bersedia menerima dan menjawab kritikan, tidak sepatutnya memihak kepada mana-mana individu bagi mencapai agenda tersendiri, adil dan tidak melakukan plagiat.


~Kebaikan blog boleh diteroka kalau kita bijak menggunakannya. . .heeeeeeeeeee

Monday, August 4, 2008

atlet-atlet kita da sampai

PLANNED NEWS
kontinjen jalur gemilang da sampai Beijing. . .
nampaknye keadaan cuaca kat sana sgt panas,
so mereka terpaksa berhadapan dengan keadaan tersebut.Dengan tinggal lima hari sahaja sebelum sukan itu, peramal cuaca di Beijing meramalkan cuaca cerah di bandaraya ini sejak dua hari lalu, perubahan dari keadaan berjerebu, akan berterusan buat beberapa hari lagi.

“Sebelum atau sejurus selepas 8 Ogos, kita tidak akan menyaksikan hujan turun berterusan.
“Pada 8 Ogos, cuaca mendung sedikit. Kita akan mengalami hujan dan ribut petir dan suhu berada antara 30 ke 32 selsius,” kata Wang Jianjie, timbalan pengarah Biro Meteorologi Beijing pada sidang akbar.

Biro itu sebelum ini mengumumkan ia akan menggunakan kaedah pembenihan awan, untuk melakukan hujan dulu, supaya majlis perasmian tidak mengalami hujan dan pertunjukan bunga api dapat dijalankan. “Tentang pelan darurat, kita akan lihat sama ada keadaan cuaca tertentu akan menjejas Beijing, maka kita akan laksanakan teknik sedemikian,” kata Zhang Qiang dari Pejabat Modifikasi Cuaca Beijing.

So, tentu majlis pembukaan tue nnt meriah ek!!!

Monday, July 28, 2008

Nicol dan Beng Hee ungguli The Curve

Ketika Beng Hee bergelut untuk menewaskan juara bertahan, Mohd Azlan Iskandar, 11-6, 8-11, 4-11, 12-10, 11-8 dalam perlawanan akhir lelaki bagi gelaran ketiganya, Nicol pula tidak menghadapi masalah meraih gelaran keempat berturut-turut apabila mudah menundukkan Natalie Grinham, 11-1, 11-4,11-6 dalam straight set di The Curve.

Dengan perlawanan wanita yang ditunggu-tunggu antara Nicol, pemain nombor satu dunia dan Natalie, ditamatkan dalam hanya 36 minit, pertemuan antara dua pemain lelaki terbaik negara sebelum itu, sebaliknya menghiburkan kira-kira 2,000 penonton.

Pada awalnya, Azlan kelihatan akan pulang dengan mahkota ketiganya dan yang kedua berturut-turut apabila mendahului 10-7 pada set keempat tetapi Beng Hee bangkit untuk meraih lima mata berterusan untuk membawa perlawanan ke set penentuan.
GARANG: Aksi Nicol (depan) ketika saingan final menentang Natalie di Pusat Beli-Belah The Curve, Mutiara Damansara, petang semalam.


“Hari ini saya begitu bernasib baik, saya sepatutnya tewas tetapi berjaya mengubahnya. Kami tidak bermain dengan baik, Azlan mempunyai peluang untuk menang dan tidak mengambilnya manakala saya berjaya memanfaatkan peluang saya,” kata Beng Hee yang membawa pulang AS$7,600 (RM24,320).

Nicol pula langsung tidak dicabar lawannya, mendahului 8-0 pada set pertama sebelum pemain kelahiran Australia yang kini mewakili Belanda itu meraih mata pertama.

“Ia sebenarnya bukan perlawanan mudah kerana saya betul-betul bersungguh-sungguh untuk memastikan dia tidak dapat bangkit dalam perlawanan ini. Saya mengambil peluang saya dengan ia adalah mengenai menyesuaikan diri kepada keadaan (11 mata),” katanya yang meraih AS$8,550 (RM27,360).

Kejayaan ini menyaksikan Nicol menyamai pencapaian pemain Australia, Michelle Martin yang meraih empat gelaran berturut-turut daripada 1991-1994.

Sunday, July 27, 2008

Kereta berhias pukau pengunjung.

Perarakan kereta berhias sempena Pesta Flora yang diadakan di bandar raya Johor Bahru semalam berlangsung dengan penuh warna-warni dan berjaya menarik ribuan pengunjung termasuk pelancong asing.

Perarakan bermula 9.30 pagi dari Dataran Bandaraya melalui Jalan Straits View menuju ke Danga Bay itu yang dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan turut disiarkan secara langsung oleh RTM1.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah turut berangkat menyaksikan perarakan itu.

Perarakan 17 kereta berhias termasuk peserta dari Shuzou dan Macau, China dimulakan oleh kereta berhias Terengganu dan diakhiri kereta berhias Johor membuatkan penonton yang menghadap pemandangan Selat Tebrau bersorak dan terpukau dengan konsep kekayaan dan warisan negeri yang dibawa para peserta.

Kereta berhias tuan rumah menampilkan konsep 'Desaru' iaitu sebagai pusat pelancongan terkenal di Johor.

>acara2 seperti nie dapat menarik pelancong2 dari dalam dan luar negara untuk lihat kekayaan warisan di negara kita ni tau...

Bersalam di angkasa - Haziq antara penerjun payung terjun termuda dunia.

PEMENANG tujuh kali kejohanan lumba basikal Tour de France, Lance Amstrong, begitu dikagumi penerjun termuda negara, Haziq Azlan.

“Walaupun menghidap kanser, dia mencipta nama yang sukar dipadamkan. Malulah kita jika tidak menjadi lebih baik atau ibarat manusia yang menunggu mati,” bicara Haziq, kini 20 tahun.

Haziq melakukan penerjunan pertamanya dari ketinggian 1,200 meter pada usia 13 tahun, iaitu semasa Amstrong mencapai kemuncak kerjayanya.
Sehingga kini penuntut Jurusan Undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok, Kedah ini telah membuat penerjunan sebanyak 170 kali.

“Semasa berusia lima tahun lagi saya sering mengikuti ayah memberi sesi penerangan kepada ahli Kelab Payung Terjun Wilayah Persekutuan.

Akhirnya pada 22 September 2002, Haziq melakukan penerjunan pertamanya di Segamat, Johor. Pada masa itu dia baru berumur 13 tahun.

“Perasaan ketika itu ibarat teruna bertemu dara impian,” katanya ketawa.

Terjunan itu dilakukan dari sebuah pesawat RC Cessna 206 pada ketinggian 1,219 meter. “Semasa ketinggian 305 meter, baru payung terjun saya terbuka.

“Semuanya berlaku kurang dari empat minit. Sebahagian besar penerjun terjun sekali saja dalam hidup mereka kerana takut, tapi saya seperti ketagih dan melakukannya berkali-kali sampai orang kata saya gila,” cerita peminat sukan basikal dan mendaki bukit ini.

Menurut Haziq, dia berasa seperti burung yang terbang setiap kali melakukan terjunan. Kehijauan bumi juga begitu menggodanya.

Berbekalkan baju terjun berwarna merah dan hijau pemberian bapanya, sukan ini telah membawanya menjelajah hingga ke Arab Saudi malah Kutub Utara.

“Pengalaman mengikuti pasukan negara semasa Pertandingan Payung Terjun Antarabangsa Arab Saudi 2004 tidak dapat saya lupakan. Ketika itu saya berumur 15 tahun.

Di sebalik tubuhnya yang kecil - dia kini mempunyai ketinggian 170 sentimeter dan berat 70 kilogram, Haziq ternyata ‘nakal’ di udara.

Dia gemar membuat aksi seperti duduk, menjunamkan kepala, berpusing dan kadang-kadang bersalaman dengan penerjun lain.

Menurut Haziq, dua perkara yang mesti dilakukannya ketika bersedia untuk terjun ialah membaca Bismillah dan mengucap dua kalimah syahadah.
“Waktu itu Tuhan, ayah dan keluarga saja yang bermain di fikiran.”

Sejarah payung terjun di Malaysia dimulakan oleh pasukan gerak khas tentera pada tahun 1979.
“Kapten Muid yang bersara daripada pasukan terbabit menubuhkan Kesatuan Payung Terjun Malaysia,” kata bapa Haziq, Azlan Ismail, 56. Azlan menubuhkan Kelab Payung Terjun Wilayah Persekutuan pada tahun 1980.

“Semasa ia ditubuhkan, cuma tujuh orang mendaftar termasuk dua wanita,” ujar Azlan teruja.

Azlan sempat menceritakan pengalamannya membuat penerjunan bersama rakan kelabnya untuk perasmian Sukan Komanwel di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada tahun 1998.

“Ramai orang putih menyatakan kami gila kerana saiz medan pendaratan yang kecil.

“Namun syukur saya berjaya melakukannya. Mereka yang mengkritik terkejut besar dan terus mengucapkan tahniah,” katanya.

*kat atas awan pun boleh bersalaman rupenya yer. . .hebatkan HazIQ!!!
klu kos main payung terjun nie murah. . .
mesti ramai orang kita nak join :>

Gara-gara salah letak pagar. . .

Acara 100 berpagar yang jadi sebahagian cabaran untuk acara heptatlon terpaksa diadakan semula pada kejohanan olahraga Grand Prix London, kelmarin, kerana jarak di antara pagarnya tidak betul.

Rentak larian kebanyakan pelari tampak tidak teratur apabila mengenai pagar kedua pada trek di Crystal Palace. Di garisan penamat, beberapa pelari mengangkat tangan untuk memaklumkan kepada pengadil betapa ada yang tidak kena.

“Ia adalah kesalahan jujur kerana pagarnya tersalah letak,” kata penganjur, John Ridgeon. “Kami sahkan dengan atlit betapa mereka sanggup untuk berlari semula dan itulah yang mereka lakukan. Kami minta maaf atas segala kesulitan.”

Acara itu kemudiannya diletakkan pada penghujung saingan, dengan Gi-Gi Johnson dari Amerika Syarikat menang dengan catatan 13.09 saat. Kelly Sotherton dari Britain, yang mendahului selepas dua acara dengan 2,129 mata, menduduki tempat keempat pada perlumbaan semula itu.

“Saya benar-benar bosan,” kata Sotherton, yang menang acara lompat jauh dengan lompatan 6.79 meter. “Acara lompat jauh berlangsung dengan baik sebelumnya tetapi ada yang membuat salah dan mereka merosakkan perlumbaan itu. Kini, saya memang marah.” - AFP


#korang rasa patut ker masalah teknikal tue berlaku???

Nasib atlit Iraq tidak menentu

LAGI CITER Pasal OliMPIk . . .

kesian atlet2 dari negara Iraq nie. . .

Percikan harapan buat atlit Iraq yang mungkin dibenarkan kembali bertanding pada Sukan Olimpik Beijing selepas penggantungan negara itu sebelumnya, gagal menjelmakan gembira tujuh anggota kontinjen itu, kelmarin.

Barisan atlit Iraq itu kekal dibelenggu kecewa biarpun selepas Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) berkata ada peluang kecil mereka mungkin mampu mengambil bahagian di temasya itu.

“Masih ada sedikit harapan yang tinggal,” kata jurucakap IOC di Geneva.

“Tarikh akhir pendaftaran atlit terbuka sehingga Julai. Jika kerajaan Iraq berhenti daripada campur tangan, penggantungan Jawatankuasa Olimpik Iraq mampu dibatalkan.”

Tetapi komen itu tidak menjelmakan gembira atlit negara berkenaan. “Ada sedikit peluang, tetapi kami tidak menaruh harapan,” kata Hamzah Hussein, 32, antara dua pendayung Iraq yang berharap dapat ke China.

“Saya amat kecewa selepas diberitahu kami tidak akan dibenarkan bertanding dalam temasya Olimpik di Beijing tahun ini. Nampaknya kami jadi mangsa ekoran daripada konflik terbaru pentas sukan Iraq.”

Rakan sepasukan Hamzah, Haidar Nozad, 25, juga tidak menyembunyikan kecewanya. “Saya sudah berlatih berterusan bersama kawan saya untuk lebih 70 hari sebagai persiapan temasya sukan terulung dunia ini. Tiba-tiba, kami mendapati yang kami berada di luar keluarga Olimpik. Ia sesuatu yang perit dan keputusan yang amat menyedihkan.”

IOC, menerusi surat bertarikh 23 Julai, mengesahkan larangan terhadap tujuh atlit Iraq ke Olimpik ekoran tindakan awal penggantungan itu ekoran campur tangan politik terhadap pengendalian badan induk sukan itu.

“Di sebalik segala usaha bersama oleh IOC dan OCA (Jawatankuasa Olimpik Asia) sejak sebulan lalu untuk mencari hasil positif dengan kerajaan Iraq, kami dengan kesal memaklumkan bahawa keputusan lembaga eksekutif IOC bertarikh 4 Jun 2008 untuk menggantung Jawatankuasa Olimpik Iraq adalah disahkan,” menurut surat itu. - AFP

^semangat sukan yang tinggi atlet2 dari negara Iraq ini sangat patut dicontohi^

Undian getir buat Chong Wei di Beijing. . .

LALUAN PENUH RANJAU untuk menjengah aksi final badminton Sukan Olimpik perlu dijalani penuh waspada oleh pemain utama negara, Lee Chong Wei, apabila realiti itu dijelmakan selepas majlis undian di Beijing, semalam.

Chong Wei, diletakkan selaku pilihan kedua mengekori Lin Dan, perlu bingkas mencecah tahap aksi memuaskan kerana selepas mendapat bye awal, diundi berdepan pemain Singapura, Ronald Susilo di pusingan kedua.

Ia bakal jadi medan terbaik Chong Wei menebus hampa peringkat sama ketika Kejohanan Dunia di tangan Sony - yang bagaimanapun perlu menundukkan jaguh Thailand, Boonsak Ponsana andai mahu menjamin pertemuan itu.

Selepas itu, Bao Chunlai, andainya pemain kedua China itu mampu melepasi Lee Hyun-Ill dari Korea Selatan, bakal menanti di separuh akhir sebelum final idaman menentang Lin Dan.

“Saya tidak mahu terlalu bimbang mengenai undian itu. Saya akan tumpukan perhatian kepada setiap perlawanan, satu persatu. Tiada guna terlalu memandang jauh kerana saya mahu berhati-hati sejak awal lagi,” katanya.

Wong Choong Hann pula punya juara bertahan, Taufik Hidayat, untuk ditundukkan ketika laluan pemain perseorangan wanita tunggal negara, Wong Mew Choo, tampak mudah untuk sekurang-kurangnya ke suku akhir.

Choong Hann mungkin beruntung daripada perkhabaran terbaru cabaran Taufik belum pasti kerana demam denggi berdarah dan masih menjalani rawatan di Hospital Pondok Indah, Jakarta.

“Jika benar Taufik tidak dapat beraksi, itu bukan sesuatu yang saya mahukan. Lebih baik dia bermain kerana saya tidak mahu kemenangan sebegitu. Apapun, saya puas hati kerana mengelak pilihan seperti Lin Dan pada peringkat awal,” katanya.

Mew Choo, mendapat bye pusingan pertama, dijangka tidak berdepan masalah melepasi halangan pusingan kedua dan ketiga sebelum bertemu Lu Lan dari China di suku akhir. Andainya menang, pilihan utama - Xie Xingfang - menantinya pada separuh akhir.
Apa yang menarik, Mew Choo tidak akan dibebani tekanan psikologi kerana pernah menundukkan kedua-dua pemain China itu sebelumnya.

~SAMA-SAMA KITA NANTIKAN EPISOD SUKAN OLIMPIK NANTI~
semoga atlet2 negara mampu beraksi cemerlang di sANA. . . . .

Tuesday, July 22, 2008

2 tahun raih pingat emas UMT

Anak kelahiran Perlis, iaitu Nurul Hakimin Mohd Salleh bukan sahaja berjaya melengkapkan pengajiannya lebih awal daripada orang lain, tapi berjaya menjadi siswazah terbaik.
Graduan berusia 23 tahun itu menamatkan pengajian Sarjana Muda Pengurusan (Maritim) di Universiti Malaysia Terengganu dalam masa 2 tahun berbanding tempoh sebenar 3 tahun, dan berjaya mendapat Pingat Emas Canselor UMT.
"Cabaran yang paling sukar ialah untuk membiasakan dirimasuk kelas bersama-sama pelajar senior, tapi lama-kelamaan saya dapat mengatasinya, " kata beliau ketika di temui pada majlis konvokesyen ke-6 UMT
Pada majlis itu seramai 384 graduan menerima ijazah dan diploma yang disampaikan Canselor UMT yang juga Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.
Nurul Hakimin juga membuktikan kesibukan menyertai pelbagai aktiviti termasuk pernah menjadi Sekretariat Majlis Perwakilan Pelajar UMT, Pengarah Mesyuarat Agong Mahasiswa Pengurusan Maritim (MAPEM) serta merupakan atlet ragbi itu bukan halangan untuk cemerlang dalam akademik.
"Saya mengulangkaji 2 jam sehari, memang berat hendak menghabiskan pengajian lebih cepat dan menjadi yang terbaik, "katanya yang menamatkan pengajian dengan Purata Nilai Terkumpul (PNGK) 3.71

Friday, July 18, 2008

ZAITUN...baca lah tanpa was-was...info sihat untuk kita semua

korang tau tak.................................
buah zaitun ni banyak fungsinyeee......
Minyak zaitun kaya dengan lemak tidak tepu iaitu asid oleik. Bukti yang diperoleh daripada kajian epidemologi mendedahkan, kandungan lemak tidak tepu dalam diet ada hubung kaitnye dengan menurunkan risiko penyakit jantung koronari.
haaaaaaaa......
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa buah zaitun nie boleh digunakan untuk rawatan kecantikan dan perubatan kan....Nama lain buah zaitun ialah Olea europaea, ianya sangat istimewa kerana berfungsi melembutkan kulit....Boleh membantu mengurangkan garis-garis halus pada kulit DAN melambatkan proses pertumbuhan uban tau!!!
Kandungan Vitamin E dalam minyak zaitun dapat merendahkan kandungan kolesterol LDL iaitu tekanan darah dan risiko penyakit jantung koronari.Vitamin K plak bertindak menghalang darah beku. Nak rambut jadi hitam disamping dijadikan sebagai tonik rambut, melebatkan dan menghitamkan rambut, minyak zaitun lar jawab nye !!! Pengambilan minyak zaitun lebih daripada sekali sehari boleh mengurangkan risiko 25% barah payu dara.
KHASIATnye....buah zaitun nie dapat membaiki dan memulihkan perut, mengeluarkan cacing dan menjadi penawar racun.
Kandungan Vitamin E yang ada boleh memusnahkan sel-sel kanser. Secara kesimpulannya... minyak zaitun boleh dikomersilkan lagi dan digunakan sebagai bahan dalam perubatan selain daripada produk kecantikan.
......So, kawan-kawan semua... gunalah zaitun.