Tuesday, August 5, 2008

Kredibiliti sebagai blogger.

DEWASA ini, kemudahan Internet telah membawa kepada kewujudan weblog ataupun lebih dikenali sebagai blog. Blog ialah sebuah laman web. Ia dibina menggunakan perisian yang telah diformat bagi membolehkan sesiapa sahaja membinanya tanpa perlu menguasai pengetahuan teknikal yang mendalam. Dalam erti kata lain, blog ialah sebuah laman web yang mudah dibina, dikemaskini, bersifat interaktif dan boleh dimulakan tanpa sebarang bayaran pendahuluan.

Hakikatnya, tujuan utama sebuah blog dibangunkan adalah untuk mencipta komuniti siber supaya berlaku pertukaran idea dan dapat berinteraksi antara pengendali blog dan pelawat siber. Blog merupakan alam baru yang boleh diceburi oleh sesiapa sahaja yang bijak mengaplikasikan teknologi Internet. Di Malaysia sahaja, terdapat lebih 600,000 blog yang aktif.

Menerusi blog peribadi, seseorang boleh meluahkan perasaan mereka untuk dikongsi bersama pelawat siber. Ia menjadi diari maya yang mencatatkan perjalanan hidup mereka.

Pengisian blog yang sedikit menyimpang dan berunsur fitnah mampu mengheret seseorang untuk dihadapkan ke muka pengadilan. Blogger seharusnya memiliki etika yang baik bagi meningkatkan kredibiliti mereka. Mereka sepatutnya menyampaikan apa yang benar, bersedia menerima dan menjawab kritikan, tidak sepatutnya memihak kepada mana-mana individu bagi mencapai agenda tersendiri, adil dan tidak melakukan plagiat.


~Kebaikan blog boleh diteroka kalau kita bijak menggunakannya. . .heeeeeeeeeee

No comments: