Tuesday, July 22, 2008

2 tahun raih pingat emas UMT

Anak kelahiran Perlis, iaitu Nurul Hakimin Mohd Salleh bukan sahaja berjaya melengkapkan pengajiannya lebih awal daripada orang lain, tapi berjaya menjadi siswazah terbaik.
Graduan berusia 23 tahun itu menamatkan pengajian Sarjana Muda Pengurusan (Maritim) di Universiti Malaysia Terengganu dalam masa 2 tahun berbanding tempoh sebenar 3 tahun, dan berjaya mendapat Pingat Emas Canselor UMT.
"Cabaran yang paling sukar ialah untuk membiasakan dirimasuk kelas bersama-sama pelajar senior, tapi lama-kelamaan saya dapat mengatasinya, " kata beliau ketika di temui pada majlis konvokesyen ke-6 UMT
Pada majlis itu seramai 384 graduan menerima ijazah dan diploma yang disampaikan Canselor UMT yang juga Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.
Nurul Hakimin juga membuktikan kesibukan menyertai pelbagai aktiviti termasuk pernah menjadi Sekretariat Majlis Perwakilan Pelajar UMT, Pengarah Mesyuarat Agong Mahasiswa Pengurusan Maritim (MAPEM) serta merupakan atlet ragbi itu bukan halangan untuk cemerlang dalam akademik.
"Saya mengulangkaji 2 jam sehari, memang berat hendak menghabiskan pengajian lebih cepat dan menjadi yang terbaik, "katanya yang menamatkan pengajian dengan Purata Nilai Terkumpul (PNGK) 3.71

2 comments:

aiShaH said...

So hopefully u all pun boleh mendapat kejayaan cemerlang

lincah_kadok said...

aku pun nak tiru macam dia gak laaa boleh x agak2nya?