Monday, July 28, 2008

Nicol dan Beng Hee ungguli The Curve

Ketika Beng Hee bergelut untuk menewaskan juara bertahan, Mohd Azlan Iskandar, 11-6, 8-11, 4-11, 12-10, 11-8 dalam perlawanan akhir lelaki bagi gelaran ketiganya, Nicol pula tidak menghadapi masalah meraih gelaran keempat berturut-turut apabila mudah menundukkan Natalie Grinham, 11-1, 11-4,11-6 dalam straight set di The Curve.

Dengan perlawanan wanita yang ditunggu-tunggu antara Nicol, pemain nombor satu dunia dan Natalie, ditamatkan dalam hanya 36 minit, pertemuan antara dua pemain lelaki terbaik negara sebelum itu, sebaliknya menghiburkan kira-kira 2,000 penonton.

Pada awalnya, Azlan kelihatan akan pulang dengan mahkota ketiganya dan yang kedua berturut-turut apabila mendahului 10-7 pada set keempat tetapi Beng Hee bangkit untuk meraih lima mata berterusan untuk membawa perlawanan ke set penentuan.
GARANG: Aksi Nicol (depan) ketika saingan final menentang Natalie di Pusat Beli-Belah The Curve, Mutiara Damansara, petang semalam.


“Hari ini saya begitu bernasib baik, saya sepatutnya tewas tetapi berjaya mengubahnya. Kami tidak bermain dengan baik, Azlan mempunyai peluang untuk menang dan tidak mengambilnya manakala saya berjaya memanfaatkan peluang saya,” kata Beng Hee yang membawa pulang AS$7,600 (RM24,320).

Nicol pula langsung tidak dicabar lawannya, mendahului 8-0 pada set pertama sebelum pemain kelahiran Australia yang kini mewakili Belanda itu meraih mata pertama.

“Ia sebenarnya bukan perlawanan mudah kerana saya betul-betul bersungguh-sungguh untuk memastikan dia tidak dapat bangkit dalam perlawanan ini. Saya mengambil peluang saya dengan ia adalah mengenai menyesuaikan diri kepada keadaan (11 mata),” katanya yang meraih AS$8,550 (RM27,360).

Kejayaan ini menyaksikan Nicol menyamai pencapaian pemain Australia, Michelle Martin yang meraih empat gelaran berturut-turut daripada 1991-1994.

1 comment:

mohad said...

salam... apa khabar...