Sunday, July 27, 2008

Nasib atlit Iraq tidak menentu

LAGI CITER Pasal OliMPIk . . .

kesian atlet2 dari negara Iraq nie. . .

Percikan harapan buat atlit Iraq yang mungkin dibenarkan kembali bertanding pada Sukan Olimpik Beijing selepas penggantungan negara itu sebelumnya, gagal menjelmakan gembira tujuh anggota kontinjen itu, kelmarin.

Barisan atlit Iraq itu kekal dibelenggu kecewa biarpun selepas Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) berkata ada peluang kecil mereka mungkin mampu mengambil bahagian di temasya itu.

“Masih ada sedikit harapan yang tinggal,” kata jurucakap IOC di Geneva.

“Tarikh akhir pendaftaran atlit terbuka sehingga Julai. Jika kerajaan Iraq berhenti daripada campur tangan, penggantungan Jawatankuasa Olimpik Iraq mampu dibatalkan.”

Tetapi komen itu tidak menjelmakan gembira atlit negara berkenaan. “Ada sedikit peluang, tetapi kami tidak menaruh harapan,” kata Hamzah Hussein, 32, antara dua pendayung Iraq yang berharap dapat ke China.

“Saya amat kecewa selepas diberitahu kami tidak akan dibenarkan bertanding dalam temasya Olimpik di Beijing tahun ini. Nampaknya kami jadi mangsa ekoran daripada konflik terbaru pentas sukan Iraq.”

Rakan sepasukan Hamzah, Haidar Nozad, 25, juga tidak menyembunyikan kecewanya. “Saya sudah berlatih berterusan bersama kawan saya untuk lebih 70 hari sebagai persiapan temasya sukan terulung dunia ini. Tiba-tiba, kami mendapati yang kami berada di luar keluarga Olimpik. Ia sesuatu yang perit dan keputusan yang amat menyedihkan.”

IOC, menerusi surat bertarikh 23 Julai, mengesahkan larangan terhadap tujuh atlit Iraq ke Olimpik ekoran tindakan awal penggantungan itu ekoran campur tangan politik terhadap pengendalian badan induk sukan itu.

“Di sebalik segala usaha bersama oleh IOC dan OCA (Jawatankuasa Olimpik Asia) sejak sebulan lalu untuk mencari hasil positif dengan kerajaan Iraq, kami dengan kesal memaklumkan bahawa keputusan lembaga eksekutif IOC bertarikh 4 Jun 2008 untuk menggantung Jawatankuasa Olimpik Iraq adalah disahkan,” menurut surat itu. - AFP

^semangat sukan yang tinggi atlet2 dari negara Iraq ini sangat patut dicontohi^

No comments: