Sunday, July 27, 2008

Undian getir buat Chong Wei di Beijing. . .

LALUAN PENUH RANJAU untuk menjengah aksi final badminton Sukan Olimpik perlu dijalani penuh waspada oleh pemain utama negara, Lee Chong Wei, apabila realiti itu dijelmakan selepas majlis undian di Beijing, semalam.

Chong Wei, diletakkan selaku pilihan kedua mengekori Lin Dan, perlu bingkas mencecah tahap aksi memuaskan kerana selepas mendapat bye awal, diundi berdepan pemain Singapura, Ronald Susilo di pusingan kedua.

Ia bakal jadi medan terbaik Chong Wei menebus hampa peringkat sama ketika Kejohanan Dunia di tangan Sony - yang bagaimanapun perlu menundukkan jaguh Thailand, Boonsak Ponsana andai mahu menjamin pertemuan itu.

Selepas itu, Bao Chunlai, andainya pemain kedua China itu mampu melepasi Lee Hyun-Ill dari Korea Selatan, bakal menanti di separuh akhir sebelum final idaman menentang Lin Dan.

“Saya tidak mahu terlalu bimbang mengenai undian itu. Saya akan tumpukan perhatian kepada setiap perlawanan, satu persatu. Tiada guna terlalu memandang jauh kerana saya mahu berhati-hati sejak awal lagi,” katanya.

Wong Choong Hann pula punya juara bertahan, Taufik Hidayat, untuk ditundukkan ketika laluan pemain perseorangan wanita tunggal negara, Wong Mew Choo, tampak mudah untuk sekurang-kurangnya ke suku akhir.

Choong Hann mungkin beruntung daripada perkhabaran terbaru cabaran Taufik belum pasti kerana demam denggi berdarah dan masih menjalani rawatan di Hospital Pondok Indah, Jakarta.

“Jika benar Taufik tidak dapat beraksi, itu bukan sesuatu yang saya mahukan. Lebih baik dia bermain kerana saya tidak mahu kemenangan sebegitu. Apapun, saya puas hati kerana mengelak pilihan seperti Lin Dan pada peringkat awal,” katanya.

Mew Choo, mendapat bye pusingan pertama, dijangka tidak berdepan masalah melepasi halangan pusingan kedua dan ketiga sebelum bertemu Lu Lan dari China di suku akhir. Andainya menang, pilihan utama - Xie Xingfang - menantinya pada separuh akhir.
Apa yang menarik, Mew Choo tidak akan dibebani tekanan psikologi kerana pernah menundukkan kedua-dua pemain China itu sebelumnya.

~SAMA-SAMA KITA NANTIKAN EPISOD SUKAN OLIMPIK NANTI~
semoga atlet2 negara mampu beraksi cemerlang di sANA. . . . .

No comments: