Sunday, July 27, 2008

Gara-gara salah letak pagar. . .

Acara 100 berpagar yang jadi sebahagian cabaran untuk acara heptatlon terpaksa diadakan semula pada kejohanan olahraga Grand Prix London, kelmarin, kerana jarak di antara pagarnya tidak betul.

Rentak larian kebanyakan pelari tampak tidak teratur apabila mengenai pagar kedua pada trek di Crystal Palace. Di garisan penamat, beberapa pelari mengangkat tangan untuk memaklumkan kepada pengadil betapa ada yang tidak kena.

“Ia adalah kesalahan jujur kerana pagarnya tersalah letak,” kata penganjur, John Ridgeon. “Kami sahkan dengan atlit betapa mereka sanggup untuk berlari semula dan itulah yang mereka lakukan. Kami minta maaf atas segala kesulitan.”

Acara itu kemudiannya diletakkan pada penghujung saingan, dengan Gi-Gi Johnson dari Amerika Syarikat menang dengan catatan 13.09 saat. Kelly Sotherton dari Britain, yang mendahului selepas dua acara dengan 2,129 mata, menduduki tempat keempat pada perlumbaan semula itu.

“Saya benar-benar bosan,” kata Sotherton, yang menang acara lompat jauh dengan lompatan 6.79 meter. “Acara lompat jauh berlangsung dengan baik sebelumnya tetapi ada yang membuat salah dan mereka merosakkan perlumbaan itu. Kini, saya memang marah.” - AFP


#korang rasa patut ker masalah teknikal tue berlaku???

1 comment:

yokohamarinos said...

xptut.... bygkan kalo ade kecederaan... da mst kna saman... da event 2 tercemar.... akibat dr cuma slh letak pagaar.... aspek teknikal ni kna hati2, lg2 libatkan atlit antarabangsa....